Saturday 3 December 2011

Larian Berganti-ganti 4 x 100 Meter (4)

Latihan Ansur Maju Pertukaran Baton

a)      Latihan static- berpasangan

Latihan ini terdiri daripada 2 orang pelari, pelari A dan pelari B. Pelari A berdiri lebih kurang satu meter di belakang pelari B. pelari A memberi isyarat kepada pelari B dan pelari B menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Pelari B kemudian menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja pelari A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan latihan ini secara berulang-ulang.

b)      Latihan bergerak- berpasangan

Asingkan kedudukan kedua-dua pelari dalam jarak lebih kurang 30 meter. Pelari A berlari dan apabila dia sampai di tandaan, pelari B pula mula berlari. Pelari A terus mengejar pelari B untuk member baton kepadanya. Jarak bolehlah diubah mengikut kesesuaian.

                

Penamat

Dalam acara larian berganti-ganti 4 x 100 meter, pelari yang terakhir tidak digalakkan melompat ke garisan penamat semasa menuju ke garis tamat, sebaliknya dia hendaklah terus berlari mengurungkan kepantasannya. Biasanya pelari akan mendapatkan tangannya ke belakang dan badannya (bahagian torso) digerakkan ke hadapan. Ada juga sesetengah pelari yang menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan bahagian kepalanya apabila tiba di garisan tamat.
Peraturan berlari (KOAM)

Peraturan Umum

·         Dalam acara 4 x 100 meter setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang peserta dan seorang lagi pelari simpanan.
·         Kedudukan pelari bagi sesebuah pasukan ditentukan oleh jurulatih sebelum perlumbaan dijadikan. Sebarang penukaran pelari hendaklah dibuat sebelum perlumbaan demulakan.
·         Komposisi pasukan dan giliran ahli-ahli pasukan untuk acara lari berganti-ganti mestilah dinyatakan secara rasmi sebelum permulaan setiap pusingan pertandingan.
·         Semua pelari dalam sesebuah pasukan akan berlari dalam lorong yang sama yang telah ditetapkan menerusi undian sebelum perlumbaan dijalankan. Semua pelari dalam acara 4 x 100 meter berganti-ganti hendaklah berlari mengikut lorongnya sehingga ke akhir lariannya.
·         Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan. Sebarang tindakan, perbuatan atau perlakuan yang boleh menghalang atau mengganggu perjalanan acara ini boleh menyebabkan acara larian dibatalkan.
·         Setiap pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor serta lambing dan warna pasukan masing-masing. Nombor peserta hendaklah dipakai di depan (dada) dan di belakang.
·         Pelari pertama hanya akan memulakan larian setelah isyarat diberikan pegawai pelepas. Arahan sebelum lumba lari adalah : “ ke garisan” “sedia” san diikuti oleh bunyi pistol.
·         Torso (bahagian dada) seseorang pelari yang pertama tegak lurus dengan garisan penamat dianggap sebagai pemenang.

Baton

NOTA: Baton mestilah tiub kosong dan licin dan bulat, dibuat dari kayu,logam atau benda yang kejor/tegar dalam satu pecahan. Panjangnya tidak lebih dari 30sm. (1 kaki) dan tidak kurang dari 28sm. (11 inci). Lengkaran (kelilingnya) antara 120-130 milimeter (4.75 inci) dan beratnya tidak kurang dari 50 gram.

·         Penukaran baton hendaklah dilakukan dalam petak penukaran(zon mengambil alih)20m. Garisan selebar 50mm akan dibuat melintasi balapan 10 meter sebelum dan selepas garis permulaan untuk menandakan zon penukaran baton. Penukaran yang dibuat di luar kawasan akan menyebabkan acara larian dibatalkan.

NOTA: Penukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan pelari penerima dan ia berakhir apabila baton berada di dalam pelari tersebut.

·         Peserta-peserta setelah member baton hendaklah barada dalam lorong masing-masing sehingga peserta-peserta lain telah lalu, supaya mengelakkan gangguan kepada lain-lain peserta.

·         Jika seseorang menjatuhkan baton, pelari yang menjatuhkan baton itu hendaklah mengambilnya semula dan menghantar kepada peserta seterusnya. Semasa mengambil baton dari balapan, pelari itu tidak seharusnya mengganggu pelari lain.

·         Pelari pertama dalam acara ini hendaklah bermula dengan menggunakan blok mulaan bersama dengan membawa baton.

1 comment:

  1. Tq untuk penerangan yg jelas dan baik.

    ReplyDelete