Saturday 3 December 2011

Larian Berganti-ganti 4 x 100 Meter

Bidang: Olahraga Tahun Darjah 4
Acara: Lari Berganti-ganti 4x 100 Meter


Sejarahnya
Lari berganti-ganti merupakan satu acara berpasukan dalam sukan olahraga. Acara ini tergolong kepada peserta lelaki dan peserta wanita. Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, biasanya acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter dan acara lari 100 meter memang menjadi tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun penonton.


Menurut sejarah, dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvaria, iaitu Frank Ellis dan Lausaat Geyelin telah mengadakan lari berganti-ganti pada akhir abad ke-19 di Amerika Syarikat dan inilah kali pertama lari berganti-ganti diadakan. 


Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik, dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh (402.34 meter) ( suku batu) dengan membawa batton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagain dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893 itu. Sejak itu lari berganti-ganti terus menjadi pertandingan yang menarik dan mendapat sambutan ramai.


Dua tahun kemudian wujud pula “Pennsyvania Relay Carnival” yang merupakan acara tahunan di Bandar Amerika Syarikat. Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan ke Bandar lain. Di Amerika dan terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dari Amerika Syarikat acara lari berganti-ganti tersebar pula ke nagara lain.

Lari Berganti-ganti 4x 100 meter
Acara lari berganti-ganti meliputi 4 x 100 meter, 4 x 200 meter, 4x 400 meter. Kesemua acara ini dilinkungi sebagai acara lari pecut (jarak dekat). Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan pelari-pelari membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya.
Prinsip-prinsip asa acara lari pecut adalah seperti berikut:


a)      Berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki.

b)      Kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut.

c)      Tangan digerakkan dengan pantas.

d)      Leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan).


Pemilihan Dan Ciri-ciri Pelari

Untuk mendapatkan empat atau lima orang pelari pecut bukanlah suatu perkara yang mudah. Biasanya untuk pembentukan satu pasukan lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pihak berkenaan akan mengadakan satu ujian khas. Pelari-pelari yang mempunyai cirri-ciri keperluan yang tertentu seperti dihuraikan dalam Jadual 1 akan dipilih untuk menyertai acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter tersebut. Selain itu pelari yang mempunyai persefahaman yang baik juga dijadikan pertimbangan dalam hal ini.

Pemilihan lain untuk memilih pelari adalah seperti menerusi perjumpaan olahraga yang diadakan. Amalan seperti memilih secara automatik keempat-empat pemenang pertama dalam acara 100 meter tidaklah begitu sesuai.

Jadual 1
Giliran pelari
Ciri-ciri keperluan

1
a)      Pelari yang mempunyai permulaan yang baik. Kebolehan untuk berlari di sekolah.

b)      Biasanya pelari yang kedua terpantas dalam pasukan.

2
a)      Seorang yang boleh berlari lurus dengan baik.

b)      Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri.

3
a)      Seseorang yang dapat berlari di sekolah dengan baik.

b)      Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kanan.



4
a)      Seseorang yang mempunyai semangat bertanding yang tinggi.

b)      Kebolehan untuk berlari lurus dengan yakin.

c)       Biasanya pelari yang terpantas sekali dalam pasukan.

d)      Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri.

Secara amanya, pemilihan boleh dibuat berdasarkan beberapa cirri yang tertentu, pelari itu biasanya mempunyai jarak langkah yang besar, gerakan kaki yang pantas serta kuasa otot yang tinggi.
 
Pelari Pertama

Biasanya pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama a baton. Jila palari pertama dapat
memulakan larian dengan baik, sudah tentu akan mejadi pendorong kepada pelari lain untuk demikian. Sebaliknya jika pelari pertama gagal melakukan permulaan atau larian yang baik akan menjejaskan larian pelari lain.



Pelari Kedua

Perkara lain yang harus diutamakan dalam pemilihan pelari kedua ialah keupayaannya menerima dan menghantar baton dengan baik daripada pelari pertama kepada pelari ketiga.



Pelari Ketiga

Dari segi keupayaan, biasanya pelari yang ketiga terpantas dalam pasukan diberi tugas sebagai pelari ketiga. Pelari ini perlu diberikan latihan dalam usaha mendapatkan persefahaman dan kelincinan dalam pertukaran baton, terutamanya daripada pelari ketiga kepada pelari keempat.



Pelari Keempat (Akhir)

Sudah tentunya pada bahu pelari ini terletak keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan. Jadi, dia mesti merupakan pelari yang penuh dengan keazaman dan ketenangan. Walaupun dari segi jarak larian sebenar, pelari terakhir ini adalah yang paling pendek, tetapi dari segi kepantasan dan segi kepantasan dan kelajuan, pecut ini amat penting.



Pelari Simpanan



Seorang lagi pelari perlu disediakan sebagai simpanan. Ini juga penting sebagai persediaan kalau-kalau berlaku sesuatu yang tidak diduga kepada salah seorang pelari atau sekiranya salah seorang daripada mereka merosot, atau juga sebagai salah satu strategi ketika berlumba dengan sesebuah pasukan yang sudah biasa.



Panduan Asas



Perkara-perkara berikut adalah antara panduan yang harus diketahui oleh para pelari, jurulatih dan guru pengawas, khususnya untuk acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter ini.
 
  •     Dalam lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pada prinsipnya sesemua empat orang pelari akan berlari    pada jarak yang sama. Bagaimanapun, dalam larian sebenar, disebabkan berlakunya pertukaran baton, maka terdapat perbezaan jarak larian di kalangan empat pelari yang terlibat (Jadual 2). Ini bermakna ada pelari yang berlari lebih jauh daripada pelari lain dan ada yang berlari sambil membawa baton dari seorang pelari sehingga semua pelari mendapat giliran masing-masing. Pelari akhir akan berlari sehingga ke garisan penamat.

 


No comments:

Post a Comment