Saturday 3 December 2011

Larian Berganti-ganti 4 x 100 Meter (3)

Mulaan Di Bahagian Selekoh Lorong Larian
Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini akan membolehkan pelari tersebut bergerak dengan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya.

Semasa berlari di delekoh, perkara-perkara yang berikut perlu dibeli perhatian:

a)      Condong badan ke sisi sedikit ke arah dalam lorong.
b)      Beban badan di kaki kiri.
c)       Tangan kiri dijatuhkan sedikit.
d)      Tangan kanan diayun ke depan melintasi dada dan tolak ke belakang.

      


Cara Memperbaiki Gaya Pecut

Dalam acara larian 4 x 100 meter, setiap orang pelari hendaklah member perhatian kepada tiga perkara untuk memperbaiki teknik pecut, iaitu jarak langkah, kekerapan langkah dan pergerakan bahagian badan.
Seseorang pelari yang mempunyai langkah jarak langkah yang besar akan menentukan kemenangannya dalam pertandingan dalam rajah berikut menunjukkan pelari A yang mempunyai langkah besar, maka dia akan sampai ke garisan penamat lebih cepat daripada pelari B.


 


Dalam rajah di bawah, pelari A mempunyai kekerapan langkah yang pantas daripada pelari B, maka pelari A meliputi jarak yang lebih jauh dalam masa yang sama dengan pelari B.




Kesimpulannya, pelari 4 x 100 meter hendaklah dilatih supaya memperolehi jarak langkah yang besar dan dilatih supaya bilangan untuk jarak itu dapat dikurangkan.

Latihan kekuatan untuk membaiki jarak dan kekerapan langkah:

1.       Naikkan lutut, tending keluar dan tending ke bawah. Mulakan aktiviti ini dengan berdiri pada satu tempat, kemudian dengan berjalan dan akhirnya dengan berlari.
2.       Latihan dengan tiub tayar basikal.
3.       Latihan lari pecut berganti-ganti 4 x 100 meter dengan pasukan lain juga hendaklah dijalankan supaya mereka dapat bertanding antara satu sama lain.


Naikkan lutut, tending keluar dan tending ke bawah


Teknik Penukaran Baton
Dalam teknik penukaran baton terdapat dua gaya utama yang digunakan, iaitu gaya selang-seli tanpa pandang dan gaya selang-seli cara pandang.

Gaya selang-seli tanpa pandang
Gaya ini biasanya diamalkan oleh dalam acara larian berganti-ganti 4 x 100 meter.
Mengikut gaya ini pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, manakala pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan. Ini bermakna kedudukan tangan yang memegang baton di sepanjang larian ialah kiri-kanan-kiri-kanan, atau kanan-kiri-kanan-kiri. Yang penting adalah semasa baton, pelari tidak menoleh ke belakang. Hanya isyarat saja yang akan menentukan sama ada pelari yang akan menerima baton itu Berjaya atau tidak. 



Gaya selang-seli cara pandang
Gaya ini diberi nama gaya pandang kerana semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Kedudukan pelari adalah seperti yang dinyatakan di atas, iaitu kiri-kanan-kiri-kanan atau kanan-kiri-kanan-kiri.

Kaedah Pertukaran Baton
Terdapat dua jenis pertukaran baton boleh dilakukan antara seorang pelari dengan pelari lain. Iaitu, hantaran dari bawah ke atas dan hantaran dari atas ke bawah.


Hantaran Dari Bawah Ke Atas

Dalam kaedah ini, tandaan dibuat lebih jauh di luar petak penukaran baton. Apabila pelari  yang membawa baton tiba di tempat tandaan, pelari kedua akan mula berlari. Pelari yang membawa baton akan menghantar baton dengan gerakan tangan dari bawah ke atas. Pelari kedua yang mendapat isyarat bersedia daripada pelari pertama akan menghulurkan tangannya sambil membuka tapak tangan menghala ke bawah. Pelari yang lain juga akan menggunakan cara yang sama seperti yang diterima tadi.

Hantaran Dari Atas Ke Bawah

Dalam kaedah ini pelari yang kedua mula berlari dari sebelah kanan lorong sebaik sahaja pelari pertama yang membawa baton tiba di tempat tandaan yang telah ditetapkan. Sambil berlari ia mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka dan bersedia untuk menerima baton. Pelari yang membawa baton dengan gerakan tangan dari atas ke bawah, atau secara mumukul tapak tangan. Pelari yang kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan menyampaikan ke tangan kanan pelari ketiga. Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan manyampaikannya ke tangan kiri pelari yang terakhir yang akan memecut ke garisan penamat.

Di samping itu, beberapa butiran yang penting perlu dijadikan rujukan semasa pertukaran baton.

Cara Memberi Baton
a)      Kepantasan larian dikekalkan semasa member baton.
b)      Berikan isyarat kepada penerima.
c)       Hulurkan baton dengan tangan yang luas.
d)      Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

Cara Menerima Baton
a)      Selalu berada dalam keadaan sedia.
b)      Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton.
c)       Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa berlari ( gaya tanpa padang).
d)      Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton.
e)      Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

No comments:

Post a Comment