Saturday 3 December 2011

Larian Berganti-ganti 4 x 100 Meter (2)

Cara Memegang Boton Pada Permulaan Lumba Lari
(a)    Baton dipegang dengan ibu jari dan jari ketiga.
(b)   Baton digenggam dengan jari ketiga dan keempat.
(c)    Baton digenggam dengan jari keempat dan kelima.
(d)   Baton degenggam dengan ibu jari dan jari telunjuk.
 

Permulaan boleh dibahagi kepada 3 peringkat:
(1)    “ ke garisan”
(2)    “sedia”
(3)    “berlepas”


Ke Garisan
a)      Pelari bergerak ke garis permulaan dan menetapkan kedudukan kaki depan (biasanya 1½ tapak kaki selari garisan permulaan).
b)      Berikutnya, pelari mendekam dengan melatakkan lutut kaki belakang di sebelah tapak kaki depan. Jarak di antara dua kaki ialah satu genggam tangan.
c)       Pelari melatakkan kedua-dua tangan di belakang garis permulaan dengan ibu jari ke arah satu sama lain.
d)      Jari dirapatkan dan bahu hampir selari dengan garis permulaan.
e)      Kepala ditundukkan dan mata pandang ke bawah.

                Kedudukan “ Ke Garisan”

Sedia

a)      Punggung dinaikkan perlahan-perlahan sehingga berada lebih tinggi daripada paras bahu.
b)      Berat badan dipindahkan ke tangan dan kaki depan dengan menolak bahu ke depan melintasi garis permulaan.
c)       Sudut lutut depan hendaklah lebih kurang 90° dan lutut belakang di antara 110°- 120°.
d)      Mata masih memandang ke bawah, tetapi lebih kurang 1m ke depan.
e)      Tumpuan diberikan kepada larian.
     
                     Kedudukan “Sedia
Berlepas Dari Blok Mulaan
a)      Apabila mendekam kaki kanan ke depan, secara kuat dan cepat lengan kanan diayun ke depan dan lengan kiri diayun ke belakang.
b)      Gerakan kedua lengan diimbang dengan kaki depan menolak sampai terkedang lurus dan kaki kiri segera melangkah ke depan.
c)       Selepas dari penolakan ini, kedudukan badan tetap condong ke depan, pandangan beransur-ansur ke depan.
 
 

No comments:

Post a Comment